Tuesday 23 August 2011

Faktor Kegagalan Pelajar Universiti



Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian. Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat. Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik. Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb. Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari. Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.

Makan 
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam. Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tengok wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari.

Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!

Kalau suka, tekan LIKE!

Saturday 20 August 2011

Rekaan Telefon Bimbit Dulu dan Kini

Revolusi Penciptaan Telefon Bimbit

Kecanggihan telefon bimbit menyebabkan semuanya menjadi lebih mudah
Rekaan yang dahulunya besar, kini semakin mengecil
Dulu, telefon diletakkan di dalam beg. Kini, semakin comel dan boleh disimpan dalam beg
Telefon bimbit dulu sangat terhad aplikasinya, kini tidak lagi.
Kecanggihan teknologi tidak lagi terbatas

Kalau suka, tekan LIKE!

Tuesday 16 August 2011

Urban Photography : Horsemaning

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jika beberapa bulan lepas Planking popular dikalangan remaja US kini cara baru untuk bergambar berkembang dengan Horsemaning. Dikatakan sebagai Planking versi 2.0, ia menyerupai konsep bergambar pada 1920-an apabila beberapa orang menyamar seperti kepala mereka dipenggal.

dikatakan gamabr asal usul Horsemaning
nampak real kan??
nampak benor tipunyer... hehehe
terlebey tenang la pulak muke tu...
jadi kepada pemegang camera DSLR boleh la ajak kawan2 untuk ber-Planking or ber-Horsemaning pulak. Tak perlu model cantik2 sebab aku jamin dorg tak nak buat aksi2 mcm kat atas ni...

Sumber --> SINI

Friday 12 August 2011

Monday 8 August 2011

BlackBerry Smartphone! - BlackBerry Torch 9860



Yeay! BlackBerry kini muncul lagi dengan keluaran terkini iaitu BlackBerry Torch 9860. BlackBerrt smartphone ini didatangkan dengan 7 OS. Ianya akan dipasarkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam bulan ini.


Seperti yang korang lihat dalam video di atas, BlackBerry Torch 9860 ini mempunyai paparan 7 inci touchscreen, kamera 5 megapixel yg boleh merekodkan video dalam bentuk 720p. Sudah semestinya mempunyai sama ciri seperti smartphone yang lain iaitu WiFi, GPS dan kompas digital.

Setakat ini, masih belum lagi punyai informasi mengenai harganya.

Kalau suka, tekan LIKE^^

Sunday 7 August 2011

Perempuan, Alat Kencing & Tempat Kencing

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Korg pernah x bayangkan kalau perempuan kencing berdiri macam mane?? haa... mesti korg dah start gelak2 kn?? hehehe... ok... cukup2 dgn bayangan korg tu... sbb dah ade pun alat untuk membolehkan perempuan KENCING BERDIRI. haa!!? tak percaye?? jom tengok kat bawah -->


mesti korg hairan macam mane perempuan kencing berdiri kan??

dorg menggunakan alat kat bawah ni -->

guna kertas biase jer....
TAPI zaman semakin canggih dengan terhasilnya.....

perempuan : JGN intai yer... hehehe (sebenarnyer nak bg org skodeng)
perempuan2 : MARILAH KENCING dgn kami!!!

Kalau la benda nih ade kat Malaysia mmg tak boleh nak bayang macam mane....

ALAT KENCING + TEMPAT KENCING = URBAN DISASTER!!!!

Wednesday 3 August 2011

Berhati-hatilah di Jalan Raya Kalau Tak Mahu Eksiden


Credit to Oh! Media

Memang menakutkan bila menonton video di atas. Rasa insaf tak?

Antara kesalahan yang dapat dikenalpasti dalam video di atas :
Memandu melebih had laju
Melanggar lampu merah 
Cuai ketika memandu
Memandu tidak mengikut lorong yang disediakan

Pandu dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang

Friday 29 July 2011

Lomo 360

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Definition of LOMOGRAPHY

Lomography, a registered trademark of Lomographische AG (Austria), is a movement via the Lomography Society International, promote the use of LOMO camera - primarily & most famously LC-A buat also as unlike this is a fisheye lomography camera - and a "shoot from a hip" attitude --> read more HERE

The 10 RULES of LOMOFGRAHY

1. Take your camera everywhere you go

2. Use it any time - day or night

3. Lomography is not interference of your life BUT a part of it

4. Shoot FROM the HIP

5. Approach the object of your lomographic desire as close as possible

6. Don't think (William Firebrace)

7. Be FAST

8. You don't have to know beforehand what you have captured on film

9. You don't have to know afterward either

10. Don't worry about any RULE

dapat x makne LOMOGRAHY tuh?? aku bukan la pakar dalam bidang photografi ni tapi aku google-yahoo info mengenai Lomography ni tok kongsikan bersama. Sekarang ni dah keluar VERSION BARU pulak dah... lagi URBAN dari DSLR tuh... kalau korg x caye korg tgk sendiri jap lagi...

layan Video LOMO dulu tok bagi korg paham ape tu LOMO.....

LOMO New VERSION

Lomo 360 

dan hasilnya!!!!!! seperti berikut --->



URBAN style!!!! ni baru style korg nak amek gambar... xyah nak amek pic sendiri  macam --->

sumber : gugel jer...
korg boleh TARIK n LEPAS untuk amek gambar sendiri & background korg...

PERHATIAN !!! --> kelemahan cam ni adalah TIDAK SESUAI digunakan dalam TOILET lebih2 lagi toilet kaum HAWA.. hehehehe

URBAN CAMERA than DSLR...

Monday 25 July 2011

Perbezaan Pemikiran Lelaki dan Perempuan


Nampak sangat perbezaan ketara antara lelaki dan perempuan.
Lelaki hanya fikir secara mudah manakala perempuan pula berfikiran lebih teliti.

Apa pendapat korang?

Fixed-Gear Bicycle - FIXIE

Kalau dulu, anak muda sangat gilakan basikal BMX (bicycle motocross). Rata-rata hampir ramai yang memiliki basikal comel ini. Kerana kegilaan memiliki basikal BMX, wujud pula sukan khas untuk basikal BMX. Kini, apabila basikal BMX dilupakan, wujud pula basikal FIXIE.


Fixie juga dikenali sebagai fixed-gear bicycle adalah basikal yang tidak mempunyai "freewheel", iaitu tidak boleh menunggang basikal tanpa mengayuh basikal. Pedal perlu sentiasa digerakkan untuk menggerakkan basikal ini.

Kerana Fixie adalah basikal tanpa freewheel, ia boleh menjadi pelbagai jenis basikal, sama ada menjadi basikal trek (track bicycle) atau basikal lumba (road racing). Basikal ini amat sesuai dalam trek atau kawasan di mana pergerakan basikal boleh berada dalam keadaan pegun dan seimbang.


Namun begitu, basikal ini tidak mempunyai brek. Menunggang basikal tanpa brek boleh menjadi bahaya sekiranya menghampiri kemalangan. Di kebanyakan negara, menunggang basikal tanpa brek boleh dikenakan saman. Antara negara yang menguatkuasakan undang-undang sekurang-kurangnya basikal mempunyai satu brek ialah Amerika Syarikat, Britain, New Zealand, Australia, Perancis dan Denmark.

Sangat URBAN kan? Apa pula trend akan datang?

Tuesday 19 July 2011

Urban Quiver Gadget And Camera Bag


Beg ini baru sahaja dilancarkan pada Mei lepas. Memang sangat URBAN! Bagi penggemar kamera DSLR, beg ini sangat sesuai untuk anda kerana sangat efisien. Tak perlu lagi nak bawa banyak beg dengan pelbagai jenis alatan ye. Semuanya dalam satu. How cool is that?


Beg Urban Quiver direka untuk membawa barang yang panjang dan juga dapat menyimpan barang tersebut dengan lebih selamat. Ia juga mempunyai 3 ruangan yang boleh dibahagikan seperti yang dikehendaki.

Keluasan dalaman beg : 21" panjang x 6" lebar x 5" tinggi

Apa pendapat anda?

Klik SINI untuk membeli baju yang murah-murah.

Sunday 17 July 2011

Bila Tentera jadi PONDAN...

North Tyneside - Seorang bekas tentera, David Payne menjalani pembedahan transgender setelah 2 kali bercerai. Menurutnya sejak kecil lagi dia berfikir yang dia sepatutnya mempunyai badan seorang wanita bukan lelaki. Namun hasratnya itu mendapat tentangan dari ahli keluarga. 

Isteri pertamanya menyokong hasrat David untuk menjadi perempuan namun mereka bercerai setelah 11 tahun bersama. Kemudian David menyertai NAVY untuk menyembunyikan hasrat menjadi perempuan. Pada 1998 David berkahwin buat kali ke-2, namun perkhawinan itu hanya bertahan selama 7 tahun. 

Selepas penceraian buat kali ke-2 David membuat keputusan untuk menjadi wanita. David memilih nama Natasha Gray & kini David tinggal bersama teman wanita & anak lelakinya yang berusia 21 tahun. Satu-satunya anak David yang menyokong keputusannya berkata "ini hidup awak, ayah".

David@Natasha kini bekerja sebagai consultant engineering machinery & juga sebagai penari eksotik!!

jadi PONDAN + ade GF@MAKWE(LESBO) = DISASTER!!!

sumber : SINI & SINI

Tuesday 5 July 2011

Entry Pengenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entry pertama bagi sesebuah blog adalah entry pengenalan, dan aku sebagai salah seorang penulis di blog ini akan menerangkan sedikit sebanyak tentang blog ini. 

Nama Blog
Blog ni diberi nama Urban Or Disaster sebab kami akan membincangkan perkara-perkara yang Urban & perkara-perkara yang Disaster atau mungkin kami membincang sesuatu yg boleh dipanggil Urban-Disaster!!

Siapa Disebalik Blog?
Setakat nih hanya aku & Cik Halusinasi yg menguruskan blog nih. Memandangkan kami bukan blogger sepenuh masa jadi ada kemungkinan kami akan melantik beberapa lagi blogger untuk menjadi rakan kongsi blog ini & semestinya semua rakan kongsi dibenarkan mempromot blog sendiri di sini.

Content@Isi Kandungan Blog
Isi blog ini berupakan fakta & pandangan peribadi terlampau maka jika ada sesiapa yang terasa atau tidak suka dengan senang hati anda boleh BAKO jer blog nih....Hehehe

Sumber Isi Blog
Kami akan merujuk kepada banyak sumber bagi isi blog ini antaranya :
- Akhbar online/harian
- Blog-blog yg berinfo pelik/jelik tapi benar
- Pengalaman peribadi kawan-kawan atau blogger-blogger

*setiap sumber dari blog2 akan di-backlink kan secara percuma

Isi blog juga mungkin akan di-bahas-kan secara meluas... sebagai contoh :
Ada yang kata kaum Hawa kalau memandu komfom lembab la. Tak reti memandu la. Jadi, Cik Halusinasi sebagai wakil kaum Hawa akan membela dengan entry di blog ini. Sementara aku (mewakili kaum Adam) plak akan menyatakan hujah-hujah aku yang menyokong statement kat atas tu.
Sampai sini dulu entry pengenalan kami. nantikan entry-entry yang Urban, yang Disaster or Urban Disaster dari kami....