Monday 25 July 2011

Fixed-Gear Bicycle - FIXIE

Kalau dulu, anak muda sangat gilakan basikal BMX (bicycle motocross). Rata-rata hampir ramai yang memiliki basikal comel ini. Kerana kegilaan memiliki basikal BMX, wujud pula sukan khas untuk basikal BMX. Kini, apabila basikal BMX dilupakan, wujud pula basikal FIXIE.


Fixie juga dikenali sebagai fixed-gear bicycle adalah basikal yang tidak mempunyai "freewheel", iaitu tidak boleh menunggang basikal tanpa mengayuh basikal. Pedal perlu sentiasa digerakkan untuk menggerakkan basikal ini.

Kerana Fixie adalah basikal tanpa freewheel, ia boleh menjadi pelbagai jenis basikal, sama ada menjadi basikal trek (track bicycle) atau basikal lumba (road racing). Basikal ini amat sesuai dalam trek atau kawasan di mana pergerakan basikal boleh berada dalam keadaan pegun dan seimbang.


Namun begitu, basikal ini tidak mempunyai brek. Menunggang basikal tanpa brek boleh menjadi bahaya sekiranya menghampiri kemalangan. Di kebanyakan negara, menunggang basikal tanpa brek boleh dikenakan saman. Antara negara yang menguatkuasakan undang-undang sekurang-kurangnya basikal mempunyai satu brek ialah Amerika Syarikat, Britain, New Zealand, Australia, Perancis dan Denmark.

Sangat URBAN kan? Apa pula trend akan datang?

No comments: